Saturday, May 7, 2016

Ketahanan Antibiotik

Definisi ketahanan Antibiotik :  satu keadaan yang berlaku apabila bakteria yang mengjangkiti pesakit menjadi kebal terhadap antibiotik.

Terdapat beberapa jenis bakteria yang dikatakan mudah membentuk kekebalan terhadap antibiotik. Ia termasuk bakteria yang terdapat dalam makanan seperti E. coli, Salmonella dan Campylobacter yang menyebabkan gastroenteritis dan diarea.

Begitu juga dengan streprococci yang menyebabkan pneumonia yang dikatakan kebal terhadap penisilin. Bakteria yang menyebabkan tuberculosis (TB) dan gonorea juga dikatakan mudah untuk membentuk kekebalan terhadap antibiotik.


Punca:

1. Berlaku apabila antibiotik tidak diambil dengan cara yang betul.


Kesan Negatif:

1. Bakteria yang gagal dibunuh oleh antibiotik akan terus membiak dan berkembang menghasilkan enzim-enzim baru yang dapat melawan antibiotik yang diambil.

2. Kesan jangkitan bakteria akan menjadi lebih teruk dan tidak boleh disembuhkan menggunakan antibiotik biasa.

3. Pesakit memerlukan antibiotik yang lebih kuat untuk membunuh bakteria tersebut.

4. Jika ketahanan antibiotik ini tidak dikawal, akhirnya, tiada lagi antibiotik yang dapat menyembuhkan pesakit tersebut dan rancangan rawatan akan menjadi lebih rumit.

Cara Mengatasi:

1. Mengambil antibiotik apabila perlu sahaja

2. Mengambil Anbiotik mengikut dos yang disyorkan oleh doktor dan mengambil Antibiotik sehingga habis


Elakkan penggunaan Antibiotik dalam penternakan ayam

Pada masa kini, seringkali terpapar di dada akhbar tentang wujudnya pengusaha-pengusaha yang tidak beretika dan lebih mengejar keuntungan dengan menyuntik antibiotik dalam penternakan ayam. Apakah kesan antibiotik yang diberikan kepada haiwan ternakan ini kepada manusia? dan adakah daging yang dimakan akan menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna?. 

Persoalannya, mengapa antibiotik diberikan? Terdapat dua tujuan dan salah satunya adalah sebagai rawatan kepada haiwan yang diserang penyakit akibat bakteria. Kebiasaannya antibiotik diberikan apabila seekor haiwan diserang penyakit. Oleh itu, sukar untuk membezakan sama ada antibiotik itu diberikan untuk rawatan atau pencegahan.

Selain itu, antibiotik juga diberikan adalah untuk menggalak pertumbuhan fizikal haiwan. Kajian veterinar mendapati haiwan yang diberikan antibiotik lebih cepat pembesarannya dan lebih berat tubuhnya. Ini mendorong penternak menggunakan pelbagai antibiotik bagi tujuan ini.

Namun, terdapat kesan negatif yang boleh terjadi kepada ayam tersebut. Contohnya, berlakunya keracunan yang disebabkan oleh pemberian antibiotik pada haiwan ternakan, seterusnya, berlaku kesan sampingan ubat-ubatan yang digunakan bagi haiwan ternakan ayam boleh terbawa ke dalam kitaran makanan manusia dan seterusnya memudaratkan kita.

Selain itu, menurut presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S. M. Mohamed Idris, penggunaan antibiotik secara rutin akan membentuk kekebalan kuman dalam badan haiwan terhadap bahan itu yang kemudian berpindah kepada manusia yang memakan daging binatang berkenaan. Ancaman kesihatan awam di seluruh dunia ini telah mendorong banyak negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) untuk mengharamkan penggunaan antibiotik secara rutin dalam makanan ternakan.

Tambahan lagi, antibiotik untuk haiwan ternakan boleh memberi kesan sampingan terhadap manusia kerana Antibiotik boleh berkumpul dalam tisu haiwan ternakan. Antibiotik adalah sebatian yang stabil sehingga sembilan bulan dan tidak terurai malah akan terkumpul di dalam otot, hati dan kulit. Ini boleh mendatangkan kesan karsinogenik (penyebab kanser) kepada manusia.

Apapun disebabkan penggunaan antibiotik menjadi semakin penting dalam pengeluaran makanan, pihak berkuasa perlu mengambil langkah tertentu bagi mengukur kesan sisa antibiotik dalam makanan. Pihak berkuasa harus melakukan pemantauan serta lawatan berskala dan mengejut terhadap pusat-pusat ternakan ayam bagi memastikan tiada penyalahgunaan antibiotik.

Pembelian dan penggunaan antibiotik dalam industri ternakan haruslah direkodkan bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan pemantauan. Tanpa kerjasama antara pihak berkuasa dan pengusaha ternakan, sudah pasti kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia akan tergugat.

Selain itu, teknologi dari luar negara seperti Denmark, iaitu menggunakan kepakaran teknologi ternakan serta pengeluaran telur ayam yang bersih tanpa penggunaan antibiotik bagi memastikan kualiti ayam berada pada tahap terbaik perlu dijadikan contoh oleh negara kita. 

Menurut Ketua Menteri Melaka dalam Forum Ternakan Mapan Moden Dalam Sektor Ayam, “Di Denmark, setiap ayam ada sijil lahir walaupun ayam itu hanya berusia 35 hari sebelum disembelih, tetapi setiap ayam boleh diketahui dari mana asalnya dan kalau ada sesuatu berlaku mereka boleh ketahui dari mana puncanya,” katanya. 

Menurutnya, "semua ayam keluaran Denmark tidak menggunakan antibiotik dan ini sesuatu langkah yang perlu dicontohi dan sudah tiba masanya masyarakat perlu diberi kesedaran bahawa penggunaan antibiotik dalam ternakan haiwan tidak lagi digalakkan," katanya.



Jadi, sebagai pengguna yang bijak, kita hendaklah memilih serta membeli sumber makanan terutamanya daging ternakan yang bebas antibiotik dengan menyokong produk pengeluaran syarikat yang telah diperakui bebas penggunaan antibiotik. 

Hari Hak-hak Pengguna Sedunia 2016

Hari Hak-hak Pengguna Sedunia telah diadakan pada 15 Mac setiap tahun. Pada tahun ini, tema Hari Hak-hak Pengguna Sedunia ialah "Jauhkan Antibiotik daripada Menu". Malaysia menyasarkan makanan harian terutama ayam bebas daripada kandungan antibiotik menjelang tahun 2020, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. 

Tema Jauhkan Antibiotik daripada Menu bertujuan untuk mengelakkan penggunaan antibiotik serta ubat-ubatan dalam ternakan termasuk bagi tujuan pencegahan penyakit. 

Namun, pada masa kini, pemberian antibiotik dalam makanan ayam bertujuan memastikan makanan tersebut tidak mengandungi sebarang toksin, jelas Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Sambung beliau lagi, "Kita tidak mahu ada antibiotik semasa menyediakan makanan kepada keluarga, sebab itu pada masa hadapan kita tidak mahu antibiotik ini digunakan lagi,"

Friday, May 6, 2016

Jauhkan Antibiotik Daripada Menu

Terdapat tabiat dalam kalangan orang ramai yang suka mengambil antibiotik walaupun doktor tidak mengarahkan berbuat demikian. Antibiotik hanya perlu diambil dengan nasihat doktor ketika mengalami kesakitan dan harus dihabiskan walaupun pesakit telah kembali pulih.

Menurut Timbalan Presiden Gabu­ngan Persatuan-persatuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, 
“Disebabkan banyaknya penggunaan dan penyalahgunaan antibiotik telah menyebabkan bakteria di dalam badan menjadi punca penya­kit semakin kebal atau imun terhadap antibiotik.
“Malah berlaku peningkatan jumlah bakteria yang lebih kebal terhadap antibiotik,” katanya.

Mohd. Yusuf berkata, “Pesakit tidak perlu meminta antibiotik kononnya untuk menambah daya tahan penyakit sedangkan tidak semua penyakit berpunca daripada bakteria. Ini termasuklah demam dan selesema yang turut berpunca daripada virus,” katanya.

Menurutnya, tanpa me­ngira latar belakang pesakit, sama ada bayi, kanak-kanak, sehinggalah golongan dewasa dan tua, mereka tidak dinasihatkan supaya mengambil antibiotik.

“Di hospital-hospital kerajaan pengambilan antibiotik adalah terkawal dan hanya mengikut nasihat doktor. Yang kita bimbang apabila syarikat-syarikat farmasi, klinik-klinik dan pusat rawatan swasta dengan mudah membenarkan pesakit membeli antibiotik walaupun sebenarnya tidak perlu,” katanya.
Tambah beliau, di peringkat antarabangsa, penggunaan antibiotik didapati digunakan secara meluas dalam bidang penternakan.

“Ayam akan disuntik de­ngan antibiotik bagi tujuan mengelakkan penyakit dan mempercepatkan tumbesaran haiwan tersebut.

“Bagaimanapun di Malaysia, tiada sebarang kes membabitkan penggunaan antibiotik ini dalam bidang penternakan,” jelasnya.

sumber : utusan

Bilakah kita memerlukan Antibiotik?

Kita hanya memerlukan antibiotik apabila mengalami perkara berikut:


1. Sekiranya menghidapi penyakit yang hadir disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja.

2. Terdapat risiko komplikasi yang tinggi

3. Jangkitan masih tidak sembuh.

4. Terdapat gejala yang teruk dan signifikan.


Kerintangan Antibiotik

Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan akan menyebabkan kerintangan antibiotik.

Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria. Oleh itu antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Kerintangan terhadap antibiotik terjadi apabila bakteria mengubah dirinya sebagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik.

Kerintangan antibiotik adalah disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak tepat contohnya merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus dengan antibiotik dalam kebanyakkan jangkitan bahagian atas salur pernafasan seperti sakit tekak dan batuk biasa.

Bagaimanakah cara untuk mencegah KERINTANGAN ANTIBIOTIK?
Sebagai seorang pesakit, anda disyorkan untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi mengenai penggunaan antibiotik yang sesuai. Berikut merupakan beberapa panduan asas yang dapat membantu anda dalam menghalang penyebaran kerintangan antibiotik:

1. Menggunakan antibiotik atau memberi antibiotik kepada anak anda, apabila dipreskrib oleh doktor SAHAJA.

2. Habiskan semua antibiotik dalam tempoh yang ditetapkan walaupun anda berasa telah sihat. Tidak menghabiskan antibiotik yang seperti yang diarahkan oleh doktor akan menyumbang kepada kerintangan antibiotik. Sekiranya anda tidak melengkapkan rawatan seperti yang disyorkan, kecenderungan berlakunya kerintangan antibiotik adalah tinggi disamping risiko berlakunya jangkitan-semula.

3. Jangan simpan antibiotik yang tidak habis digunakan untuk tujuan merawat penyakit yang sama pada masa akan datang. Sekiranya masih terdapat lagi baki antibiotik, pastikan ianya dibuang.

4. Jangan sekali-kali mengambil antibiotik yang dipreskrib untuk orang lain. Jangan berkongsi antibiotik atau menggunakan baki antibiotik sebelumnya. Ini kerana antibiotik ada banyak jenis, dan hanya doktor yang boleh menentukan antibiotik yang sesuai untuk merawat jangkitan tertentu.

5. Patuhi keputusan dan nasihat doktor APABILA doktor memutuskan anda tidak memerlukan antibiotik.

6. Amalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran jangkitan.

Sejarah Antibiotik

Tahukah anda bagaimana Antibiotik ditemui?

Pada September 1928, seorang Saintis dari Perancis, Alexander Fleming telah menemui Antibiotik yang pertama, dikenali sebagai penisilin. Penisilin dihasilkan daripada kulat dan mampu untuk membunuh bakteria. Pada perang dunia ke-2, pengunaan penisilin digunakan secara meluas untuk merawat pesakit. Rajah 2 menunjukkan carta alir tentang penemuan Antibiotik. 

Rajah 2 : Sejarah penemuan Antibiotik