Friday, May 6, 2016

Pengenalan : Apa itu Antibiotik?


Apa itu antibiotik?

Antibiotik ialah sejenis ubat yang digunakan untuk mengubati penyakit yang berlaku disebabkan oleh kuman seperti bakteria. Bakteria adalah organisme yang terdiri daripada satu sel sahaja, tetapi ia mampu menggandakan dirinya dengan banyak. Bentuk bakteria adalah berbeza-beza. dan ianya boleh wujud di mana-mana sahaja, sama ada di dalam atau luar tubuh kita. Kebanyakan bakteria adalah tidak berbahaya dan sebahagian daripadanya sangat berguna untuk tubuh kita. Namun begitu, ada sesetengah bakteria boleh menyebabkan penyakit, sama ada kerana mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya dalam tubuh kita atau bakteria itu sememangnya merbahaya dan boleh mendatangkan penyakit. Antibiotik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan di Malaysia. Antibiotik bertindak membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan kepada pesakit. Antibiotik boleh didapati daripada pelbagai sumber biologi. Contohnya, kulat dan mikroorganisma. Rajah 1 menunjukkan contoh antibiotik yang terdapat di pasaran termasuk Penisilin dan Streptomisin.

Rajah 1 : Antibiotik

Antibiotik TIDAK BERKESAN terhadap jangkitan virus seperti demam biasa, selesema dan bronkitis akut iaitu sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru.

Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan akan menyebabkan kerintangan antibiotik.

No comments:

Post a Comment