Friday, May 6, 2016

Jauhkan Antibiotik Daripada Menu

Terdapat tabiat dalam kalangan orang ramai yang suka mengambil antibiotik walaupun doktor tidak mengarahkan berbuat demikian. Antibiotik hanya perlu diambil dengan nasihat doktor ketika mengalami kesakitan dan harus dihabiskan walaupun pesakit telah kembali pulih.

Menurut Timbalan Presiden Gabu­ngan Persatuan-persatuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, 
“Disebabkan banyaknya penggunaan dan penyalahgunaan antibiotik telah menyebabkan bakteria di dalam badan menjadi punca penya­kit semakin kebal atau imun terhadap antibiotik.
“Malah berlaku peningkatan jumlah bakteria yang lebih kebal terhadap antibiotik,” katanya.

Mohd. Yusuf berkata, “Pesakit tidak perlu meminta antibiotik kononnya untuk menambah daya tahan penyakit sedangkan tidak semua penyakit berpunca daripada bakteria. Ini termasuklah demam dan selesema yang turut berpunca daripada virus,” katanya.

Menurutnya, tanpa me­ngira latar belakang pesakit, sama ada bayi, kanak-kanak, sehinggalah golongan dewasa dan tua, mereka tidak dinasihatkan supaya mengambil antibiotik.

“Di hospital-hospital kerajaan pengambilan antibiotik adalah terkawal dan hanya mengikut nasihat doktor. Yang kita bimbang apabila syarikat-syarikat farmasi, klinik-klinik dan pusat rawatan swasta dengan mudah membenarkan pesakit membeli antibiotik walaupun sebenarnya tidak perlu,” katanya.
Tambah beliau, di peringkat antarabangsa, penggunaan antibiotik didapati digunakan secara meluas dalam bidang penternakan.

“Ayam akan disuntik de­ngan antibiotik bagi tujuan mengelakkan penyakit dan mempercepatkan tumbesaran haiwan tersebut.

“Bagaimanapun di Malaysia, tiada sebarang kes membabitkan penggunaan antibiotik ini dalam bidang penternakan,” jelasnya.

sumber : utusan

No comments:

Post a Comment